Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

+PeMeNaNg GiVeAwAy CiK DaIsY..+

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, Cik Daisy akan umumkan pemenang bagi giveaway souvenirs by Cik Daisy.. Pemenang dipilih secara undian oleh kawan baik Cik Daisy sendiri..Pemenangnya adalah....

Jeng..jeng...jeng...jeng...

Cik Nasuha

Tahniaaaahhhh....

Hadiah yang bakal diterima adalah...

Taraaaa........

Peserta yang lain akan menerima hadiah .....
Tadaaaaa....

Disebabkan tak ramai yang join giveaway ni*sobs..sobs..., so Cik Daisy putuskan untuk memberi hadiah kepada semua yang join.. 

Para pemenang boleh emel cik daisy di daisyneira12@gmail.com untuk menuntut hadiah and..sesiapa yang tidak memberi maklum balas dalam tempoh masa seminggu, cik daisy akan anggap anda tidak berminat dengan hadiah yang ditawarkan.. Huhuhu...




+List SiNgApOrE sOuVEnIrS gIvEawAy+

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Mula-mula sekali Cik Daisy ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada anda semua kerana hampir 3 bulan menghilang. Actually banyak perkara yang terjadi sampai saya mengambil keputusan untuk menghilangkan diri buat seketika. Cukuplah sekadar saya beritahu, saya baru sahaja kehilangan dua orang insan tersayang. Semua berlaku secara serentak dan sekelip mata. So, i need some space and time to adapt all difficult situation. And now i comeback again. Insha Allah with new strength.So, itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini.

Ok berbalik kepada tajuk entry kita, Cik Daisy akan senaraikan rakan yang join giveaway ni. Calon-calonya adalah...:-

Taraaa..inilah calon-calonnya. Kalau ada yang sudah join tapi Cik Daisy terlepas pandang, boleh lah leave comment cepat-cepat.Pemenang Cik Daisy akan umumkan malam Selasa minggu ini.. 

Ok..daaaaaaaa.........

+sInGaPoRe SoUvEnIrS gIvEaWaY bY cIk DaIsY+


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
This is first time Cik Daisy buat Giveaway selepas hampir 6 tahun terlibat dalam dunia blogger. For the personal blog memang Cik Daisy tak aktif sangat berbanding blog untuk penulisan novel. I hope adalah yang sudi join ehh.. Pemenang akan dipilih secara random.. 

Syarat-syaratnya adalah :

1. Terbuka kepada semua blogger di Malaysia.

2. WAJIB follow this blog.. http://daisyneira-sheiraira93.blogspot.my/

3. Buat satu blog entry bertajuk “Singapore Souvenirs by Cik Daisy” dan copy Banner (backline kpd blog ini) di atas.

4. Tag 2 orang rakan blogger untuk join Giveaway ni.


5. Tinggalkan link anda di ruangan komen dalam entri ini sahaja.

Senang je kan syarat-syaratnya?? So, mari ramai-ramai memeriahkan “Giveaway” ini yea…

TARIKH TUTUP: 17 JULY 2017
Senarai Hadiah....
Tempat Pertama: Beg
Seorang Pemenang..

 Tempat Kedua:Keychain (1 per person)
6 Orang Pemenang..

Good luck dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua....



+TrIp PhUkET & hAtYaI 2017.._PaRt 2 +


Entry kali ni Cik Daisy nak cerita hari kedua berada di bumi Gajah Putih. Lepas subuh terus bersiap dan kumpul di lobi hotel. First sekali cari sarapan pagi. Stail orang di sini lebih kurang sama dengan rakyat negeri Kelantan. Apa yang sama? Sarapan pagi kat sini adalah nasi berlauk. Nak jumpa roti canai atau makanan yang ringan-ringan memang susah sikit.

Destinasi pertama pagi itu adalah menuju ke Kilang Baju. Dekat kilang ni korang boleh dapatkan berbagai jenis T-Shirt dengan harga yang sangat2 murah.Design pun memang cantik. Souvenirs pun boleh dapatkan di sini dengan harga borong. Macam-macam barang yang boleh korang pilih untuk diberikan pada office mates,  family.. Ada key-chains, magnet fridge, purse, dan banyak lagi.

Depan Kilang Baju.....
Mai pilih-pilih yang mana berkenan di hati..
Seterusnya, ayuh ke "Big Bee Farm Phuket..". Dekat sini korang boleh dapatkan madu yang original. Macam-macam produk berasaskan madu yang ada seperti ais krim. Pemilik farm ni memang fasih berbahasa melayu. Kalau tak silap aku, owner ni orang Malaysia yang berkahwin dengan orang Thailand. 
 Shoot 1..
 Pintu masuk "Bee Farm.."
 Welcomeeeee....
Destinasi terakhir sebelum makan tengahari adalah di "Gems Gallery" dan "Sri Bhurapha Orchid". Sesiapa yang minat aksesori wanita boleh la dapatkan di Gem Gallery. Aku just cuci-cuci mata je. Di Sri Bhurapha Orchid pula korang boleh dapatkan berbagai jenis perisa gajus. Biasanya di Malaysia ada gajus bakar sahaja, tapi di sini macam-macam perisa gajus korang boleh try. Ada perisa Tomyam, Wasabi, Butter, Garlic dan banyak lagi.
Selepas makan tengahari dan solat, kami menuju ke "Karon View Point- Phramtep-Cap". Pemandangan kat situ memang indah dan cantik sangat-sangat. Macam dalam lukisan pun ada..
Indah bumi Allah SwT...

Peaceeeee....
Jauh terbawa lukisan hatiku.....
Masa on the way turun dari Karon View, terlihat ada "Elephant Trekking". So pak cik driver berhenti sekejap bagi peluang sesiapa yang nak merasai pengalaman menunggang Gajah. Bayaran 500bath per person. Disebabkan agak kepenatan, aku just bergambar dengan gajah-gajah yang comel ni sahaja. Memang dah tak larat nak naik gajah.
Gajah-gajah yang sado lagi comel...
Maka tamatlah aktiviti untuk hari kedua di Phuket. For the night, just enjoy suasana bandar Phuket. Jalan-jalan di sekitar Bangla Road dan Patong Beach cari beberapa buah tangan. Semalam kita cuci mata, so hari kedua kita shopping pulak. Sesiapa nak rasa "banana pancake" boleh beli di gerai yang ada sekitar situ. Tapi mesti pandai pilih gerai sebab ada yang tidak halal.Take noted ok..
Masa round-round, terjumpa satu Masjid area situ. Menurut pak cik driver, masjid ni merupakan salah satu masjid yang terselamat masa bencana Tsunami pada tahun 2004. Bencana yang terjadi mungkin Allah swt nak "mencuci" bandar Phuket dari kegiatan maksiat. Memang aku sendiri akui yang Phuket boleh dikatakan bandar yang memang sosial. So tidak hairan lah Allah menurunkan bencana sebagai tanda peringatan kepada kita semua. Kebesaran Allah swt..

Bajet Hari Kedua
B'fast, dinner, lunch : 356bath = RM 44.70
Shopping                  : 1435bath = RM 180.00
TOTAL                     : RM 224.70







+ TrIp PhUkeT & hAtYaI 2017.. _pArT 1 +


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Entry sebelum ini Cik Daisy ada kongsi serba sedikit tips bercuti ke Phuket dan Hatyai. Kali ini pulak, nak story sikit berkenaan dengan itinerary dan perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam di sana beserta dengan pengalaman guna pakej Ayden Avveroes Travel. Pakej yang aku ambil ni aku jumpa di Facebook. Plan masa tu memang nak pergi bercuti tetapi disebabkan tak ramai geng yang boleh join, so aku decide ambil pakej je senang. Kebetulan masa scroll kat FB terjumpa la pakej dari Ayden Avveroes Travel ke Phuket &Hatyai # 3 hari 2 malam. Harga pakej tidak termasuk makan dan minum RM399 dengan bayaran deposit/booking sebanyak RM50. Kira ok la masa tu. Sesuai dengan bajet orang yang baru kerja macam aku ni. Aku booking bulan September tahun lepas dengan pilihan tarikh 22.02.2017 – 24.02.17.
Pakej ni memang 100% guna jalan darat dengan menaiki Van Komuter So, memang kena berkumpul di sempadan Bukit Kayu Hitam. Plan asalnya memang aku nak terus direct Kuantan ke Changlun. Tapi disebabkan takut tak sempat sampai tepat pukul 7.00 pagi sebab bas kuantan ke Changlun gerak pukul 9.30 malam. Paling awal boleh sampai pun dalam pukul 8.00 pagi. So aku dan kawan aku Tihah putuskan untuk turun KL dulu. Kemudian dari KL direct terus ke Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah sampai tepat pada waktunya. Sempat bersihkan diri*basuh muka,gosok gigi dulu di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam.
→Sempadan Bukit Kayu Hitam 
Untuk trip kali ini, seramai 24 orang yang terlibat dengan menggunakan 2 van komuter. Mujurlah aku dapat satu van dengan akak-akak yang memang satu kepala. So tak adalah kekok sangat. 
→Contoh van komuter *ehsan Mr Google
→Akak-akak yang sporting.. Sume orang Pantai Timur..
Lepas berkumpul dan isi form boarding pass, bergerak ke kaunter untuk cop passport. Masa cop passport, jangan lupa selit wang kopi sebanyak RM2. Memang tempat diorang kena buat macam tu. Kira sebagai wang penghargaan. Kalau korang tak bagi wang kopi, memang pegawai imigresen tu takkan cop passport korang. Yang lebih nasib malang bila ada juga pegawai yang minta wang kopi sebanyak RM5. Cuba bayangkan kalau dalam sehari 100 orang yang cop passport. Diorang boleh dapat untung RM500.*wow…kaya wei..
→Kaunter cop pasport..

→Muka sememeh.. penat + excited..

Dah settle semua, ayuh mulakan perjalanan. 😇 Tempoh masa untuk sampai ke Phuket lebih kurang 7 atau 8 jam *selepas tolak waktu makan, solat dan berhenti rehat. Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Rasa memang lama giler duduk dalam van. Sekejap sekejap tanya pak cik driver “Dah nak sampai ke pak cik?”. Setiap kali berhenti dan bangun tidur *mimpi dekat 10 kali tanya soalan yang sama. Mujurlah pak cik tu sabar je melayan. Kalau tak memang dia campak keluar dari van 😊.
→Berdua. *abaikan muka yg berminyak itu.
Kami sampai waktu tu hari sudah gelap. Sampai-sampai je terus check in hotel.  Agen booking hotel di area Patong.  Nama hotel yang kami nginap Forest Hotel*x sure berapa bintang.. Satu bilik 2 orang. Condition bilik memang tip top. Katil luas, ada mini bar, dan ada tub mandi lagi. Kedai 24 hours pun bersebelahan dengan hotel. Memang selesa.
→ Keadaan bilik yang memang selesa..
→ Bilik air yang memang superb.. *penat berjalan boleh berendam rehatkan diri
Lepas siap bersihkan diri dan solat magrib, semua berkumpul di lobi hotel. First sekali isi perut dulu sebelum berjimba. Aku tak ingat nama kedai makan yang kami pilih malam tu tapi makanan not bad lah.
→Rombongan Cik Kiah selfie depan hotel.
→Depan Hotel Bajet yang SUPERB!!!!
→Curry Fried Rice with Orange Juice. Harga 150bath (RM16.20).
→ Kondisi kedai yang selesa dan bersih..
Lepas siap makan, menuju ke Hard Rock Café. Memang tak beli apa-apa pun kat situ. Bergambar saja yang mampu..
→Shoot 1
→Peaceeee....
→Kami gadis ayu...
Seterusnya, menuju ke Bangla Road. Kalau laki memang suka singgah sambil cuci mata kat situ tapi kalau bawak kanak-kanak tidak digalakkan berjalan di sekitar situ sebab memang penuh aksi ‘hot’. Sepanjang bangla road ni, banyak open bar dan penari tiang yang memang seksi dan seksa buat mata. Kalau jalan tu rasa macam nak tutup mata je. Tapi ada je penari tiang yang bukan wanita tulen. Faham-faham je lah yea..  Pertunjukkan silap mata pun ada dekat tengah-tengah Bangla Road ni. 
→Bersesak-sesak di sini..
→Cuci-cuci mata..
→belakang: Aksi penari tiang untuk tarik customer
→Akak-akak (padahal abg2) yang tengah promote diri.. *kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar yea.. bukan free of charge..so ambk gambar curi je la mampu
→Depan pintu masuk "Bangla Road".
Maka berakhirlah malam pertama di Phuket. Tepat pukul 3.00 pagi balik semula ke hotel untuk caj balik tenaga untuk hari esok. Esok awal-awal pagi lepas subuh dah kena berkumpul.

Bajet First Day:
Duit  Kopi : RM2.00
Lunch : 80bath - RM8.50
Dinner : 150bath - RM16.20
TOTAL: RM26.70

bersambung part 2...