Monday, 8 May 2017

+ TrIp PhUkeT & hAtYaI 2017.. _pArT 1 +


Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Entry sebelum ini Cik Daisy ada kongsi serba sedikit tips bercuti ke Phuket dan Hatyai. Kali ini pulak, nak story sikit berkenaan dengan itinerary dan perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam di sana beserta dengan pengalaman guna pakej Ayden Avveroes Travel. Pakej yang aku ambil ni aku jumpa di Facebook. Plan masa tu memang nak pergi bercuti tetapi disebabkan tak ramai geng yang boleh join, so aku decide ambil pakej je senang. Kebetulan masa scroll kat FB terjumpa la pakej dari Ayden Avveroes Travel ke Phuket &Hatyai # 3 hari 2 malam. Harga pakej tidak termasuk makan dan minum RM399 dengan bayaran deposit/booking sebanyak RM50. Kira ok la masa tu. Sesuai dengan bajet orang yang baru kerja macam aku ni. Aku booking bulan September tahun lepas dengan pilihan tarikh 22.02.2017 – 24.02.17.
Pakej ni memang 100% guna jalan darat dengan menaiki Van Komuter So, memang kena berkumpul di sempadan Bukit Kayu Hitam. Plan asalnya memang aku nak terus direct Kuantan ke Changlun. Tapi disebabkan takut tak sempat sampai tepat pukul 7.00 pagi sebab bas kuantan ke Changlun gerak pukul 9.30 malam. Paling awal boleh sampai pun dalam pukul 8.00 pagi. So aku dan kawan aku Tihah putuskan untuk turun KL dulu. Kemudian dari KL direct terus ke Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah sampai tepat pada waktunya. Sempat bersihkan diri*basuh muka,gosok gigi dulu di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam.
→Sempadan Bukit Kayu Hitam 
Untuk trip kali ini, seramai 24 orang yang terlibat dengan menggunakan 2 van komuter. Mujurlah aku dapat satu van dengan akak-akak yang memang satu kepala. So tak adalah kekok sangat. 
→Contoh van komuter *ehsan Mr Google
→Akak-akak yang sporting.. Sume orang Pantai Timur..
Lepas berkumpul dan isi form boarding pass, bergerak ke kaunter untuk cop passport. Masa cop passport, jangan lupa selit wang kopi sebanyak RM2. Memang tempat diorang kena buat macam tu. Kira sebagai wang penghargaan. Kalau korang tak bagi wang kopi, memang pegawai imigresen tu takkan cop passport korang. Yang lebih nasib malang bila ada juga pegawai yang minta wang kopi sebanyak RM5. Cuba bayangkan kalau dalam sehari 100 orang yang cop passport. Diorang boleh dapat untung RM500.*wow…kaya wei..
→Kaunter cop pasport..

→Muka sememeh.. penat + excited..

Dah settle semua, ayuh mulakan perjalanan. 😇 Tempoh masa untuk sampai ke Phuket lebih kurang 7 atau 8 jam *selepas tolak waktu makan, solat dan berhenti rehat. Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Rasa memang lama giler duduk dalam van. Sekejap sekejap tanya pak cik driver “Dah nak sampai ke pak cik?”. Setiap kali berhenti dan bangun tidur *mimpi dekat 10 kali tanya soalan yang sama. Mujurlah pak cik tu sabar je melayan. Kalau tak memang dia campak keluar dari van 😊.
→Berdua. *abaikan muka yg berminyak itu.
Kami sampai waktu tu hari sudah gelap. Sampai-sampai je terus check in hotel.  Agen booking hotel di area Patong.  Nama hotel yang kami nginap Forest Hotel*x sure berapa bintang.. Satu bilik 2 orang. Condition bilik memang tip top. Katil luas, ada mini bar, dan ada tub mandi lagi. Kedai 24 hours pun bersebelahan dengan hotel. Memang selesa.
→ Keadaan bilik yang memang selesa..
→ Bilik air yang memang superb.. *penat berjalan boleh berendam rehatkan diri
Lepas siap bersihkan diri dan solat magrib, semua berkumpul di lobi hotel. First sekali isi perut dulu sebelum berjimba. Aku tak ingat nama kedai makan yang kami pilih malam tu tapi makanan not bad lah.
→Rombongan Cik Kiah selfie depan hotel.
→Depan Hotel Bajet yang SUPERB!!!!
→Curry Fried Rice with Orange Juice. Harga 150bath (RM16.20).
→ Kondisi kedai yang selesa dan bersih..
Lepas siap makan, menuju ke Hard Rock Café. Memang tak beli apa-apa pun kat situ. Bergambar saja yang mampu..
→Shoot 1
→Peaceeee....
→Kami gadis ayu...
Seterusnya, menuju ke Bangla Road. Kalau laki memang suka singgah sambil cuci mata kat situ tapi kalau bawak kanak-kanak tidak digalakkan berjalan di sekitar situ sebab memang penuh aksi ‘hot’. Sepanjang bangla road ni, banyak open bar dan penari tiang yang memang seksi dan seksa buat mata. Kalau jalan tu rasa macam nak tutup mata je. Tapi ada je penari tiang yang bukan wanita tulen. Faham-faham je lah yea..  Pertunjukkan silap mata pun ada dekat tengah-tengah Bangla Road ni. 
→Bersesak-sesak di sini..
→Cuci-cuci mata..
→belakang: Aksi penari tiang untuk tarik customer
→Akak-akak (padahal abg2) yang tengah promote diri.. *kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar yea.. bukan free of charge..so ambk gambar curi je la mampu
→Depan pintu masuk "Bangla Road".
Maka berakhirlah malam pertama di Phuket. Tepat pukul 3.00 pagi balik semula ke hotel untuk caj balik tenaga untuk hari esok. Esok awal-awal pagi lepas subuh dah kena berkumpul.

Bajet First Day:
Duit  Kopi : RM2.00
Lunch : 80bath - RM8.50
Dinner : 150bath - RM16.20
TOTAL: RM26.70

bersambung part 2...